Kisah kentut
ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2
terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu
par...a guru masing2 memberikan komen :
Guru Maths :
Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru Muzik :
Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik : Itu
lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya
luar biasa.
Guru Biologi :
Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama : Ini
la salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi :
Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling
: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera :
Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat
diungkapkan dengan kata2.
Guru Bahasa :
Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata
tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah :
Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
Guru Besar :
Sememangnya saya yang kentut... Besar betulkah masalahnya??
No comments:
Post a Comment