Tuesday, May 20, 2014

Boss VS Pemimpin

Seorang BOS menciptakan rasa takut dalam diri anak buahnya
Seorang PEMIMPIN membangun kepercayaan
Seorang BOS mengatakan “saya”.
Seorang PEMIMPIN mengatakan “kita”
Seorang BOS tahu bagaimana pekerjaan harus dilakukan.
Seorang PEMIMPIN tahu bagaimana suatu karier harus ditempa
Seorang BOS mengandalkan kekuasaan.
Seorang PEMIMPIN mengandalkan kerjasama.
Seorang BOS menyetir
Seorang PEMIMPIN memimpin
Seorang BOS menyalahkan
Seorang PEMIMPIN menyelesaikan masalah dan memperbaiki kesalahan
Seorang BOS menguasai 10% tenaga kerja bermasalah.
Seorang PEMIMPIN menguasai 90% tenaga kerja yang kooperatif.
Seorang BOS menyebabkan dendam bertumbuh.
Seorang PEMIMPIN memupuk antusiasme yang bertumbuh
Seorang BOS menyebabkan pekerjaan menjemukan
Seorang PEMIMPIN menyebabkan pekerjaan menyenangkan/menarik
Seorang BOS melihat masalah sebagai musibah yang akan menghancurkan perusahaan
Seorang PEMIMPIN melihat masalah sebagai kesempatan yang dapat diatasi staff yang bersatu padu, dan berubah menjadi pertumbuhan.
INGAT…… SEORANG BOS BERKATA, “PERGI!”
SEORANG PEMIMPIN BERKATA, “AYO PERGI”

Istilah Bos Dengan Pekerja

Bila boss tetap pada pendapatnya,
itu bererti beliau konsisten.
Bila pekerja tetap pada pendapatnya,
itu bererti dia keras kepala !

Bila boss berubah-ubah pendapat,
itu bererti beliau fleksibel.
Bila pekerja berubah-ubah pendapat,
itu bererti dia plin-plan !

Bila boss bekerja lambat,
itu bererti beliau teliti.
Bila pekerja bekerja lambat
itu bererti dia tidak 'perform' !


Bila boss bekerja cepat,
itu bererti beliau 'smart'.
Bila pekerja bekerja cepat,
itu bererti dia terburu-buru !

Bila boss lambat memutuskan,
itu bererti beliau hati-hati.
Bila pekerja lambat memutuskan,
itu bererti dia 'telmi' !

Bila boss mengambil keputusan cepat,
itu bererti beliau berani mengambil keputusan.
Bila pekerja mengambil keputusan cepat,
itu bererti dia gegabah !

Bila boss terlalu berani ambil risiko,
itu bererti beliau risk-taking.
Bila pekerja terlalu berani ambil risiko,
itu bererti dia sembrono !

Bila boss tidak berani ambil r1siko,
itu bererti beliau 'prudent'.
Bila pekerja tidak berani ambil risiko,
itu bererti dia tidak berjiwa bisnes !

Bila boss mem-by pass prosedur,
itu bererti beliau proaktif-inovatif.
Bila pekerja mem-by-pass prosedur,
itu bererti dia melanggar aturan !

Bila boss curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti beliau waspada.
Bila pekerja curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti dia negative thinking !

Bila boss menyatakan : " Sulit "
itu bererti beliau prediktif-antisipat if.
Bila pekerja menyatakan : " Sulit "
itu bererti dia pesimistik !

Bila boss menyatakan : " Mudah "
itu bererti beliau optimis.
Bila pekerja menyatakan : " Mudah "
itu bererti dia meremehkan masalah !

Bila boss sering keluar ofis,
itu bererti beliau rajin ke customer
Bila pekerja sering keluar ofis,
itu bererti dia sering mengular !

Bila boss sering entertainment,
itu bererti beliau rajin melobi customer.
Bila pekerja sering entertainment,
itu bererti dia suka enjoy sakan !

Bila boss tidak pernah entertainment,
itu bererti beliau berhemat.
Bila pekerja tidak pernah entertainment,
itu bererti dia tidak pandai me-lobby customer !

Bila boss sering tidak masuk,
itu bererti beliau penat kerana kerja keras.
Bila pekerja sering tidak masuk,
itu bererti dia pemalas !

Bila boss minta fasiliti,
itu bererti beliau menjaga imej syarikat.
Bila pekerja minta fasiliti,
itu bererti dia banyak menuntut !

Bila boss membuat tulisan seperti ini,
itu bererti beliau humoris.
Bila pekerja membuat tulisan seperti ini,
itu bererti dia :

* frustrasi
* iri hati terhadap karier orang lain
* negative thinking
* memprovokasi
* tidak tahan banting
* sakit hati
* berpolitik di pejabat
* tidak produktif
* tidak sesuai dengan budaya yang ada

hahahahahaha. ... ..

Sunday, April 20, 2014

SIFAT-SIFAT HANTU YANG PERLU DI CONTOHI

1. Toyol – Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri
2. Pontianak – Susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak ini optimis.
3. Pocong – Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja.
4. Hantu Air – Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia x pakai baju renang, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.
5. Jerangkung – Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain.
6. Penanggal - Biarpun keluar malam tapi yang keluar hanya kepalanya sahaja badan dia tetap di rumah untuk menjaga keselamatan rumah.
7. Jebon – Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walaupun mukanya buruk, hancur, badannya berbau dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis…

Friday, April 11, 2014

Nenek.. nenek...


Komen Yang Bernas



Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu par...a guru masing2 memberikan komen :
Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.
Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut... Besar betulkah masalahnya??

Thursday, April 3, 2014

Rintihan Seorang Suami

"isteriku....
abang ingin kahwin lagi..
bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda..

memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala nie dah melayang ke mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah
dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku...
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..
kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu.."

"Pah butang baju abang mana Pah"....

Rintihan Seorang Isteri

"Aduhai abang .........
makin ku sayang
makin kuat kau melayang
abang ingin menikah lagi...
menikah lah bang, saya tak kecik ati
bagus juga kalau begitu
tak pening kepala, asyik layan abang selalu
Lagipun bang, Pah tak kuasa nak cemburu

Pergilah abang sayang, Pah rela di madu
Abang nak menikah, itu abang punya suka
Pah tahu abang mampu menikah 2, 3
Malah 4 sekalipun abang berkuasa
Pah pikir balik apa yang abang kata
Yelah... takut nanti syaitan datang menggoda
Nafsu pula tak tertahan adanya
Tambahan sidia yang abang gila
Boleh tahan keSEKSIannya...

Tapi abang jangan sesekali lupa
Pah juga masih POWER...
Meskipun Pah dah beranak Lima
BODY Pah masih bergetah juga
Abang sendiri mengaku, layanan Pah kelassss no 1, itu sumer gara-gara
penangan jamu

Abang pandai cari alasan
Bila di opis jemu & bosan
Tak de Pah disisi untuk melayan
Dulu waktu Pah kerja, abang tak beri
Konon-konon tak suka org lain nengok Pah seksi
Alasannya abang asyik sakit ati
Meskipun waktu itu, Pah abang punya SECRETARY

Bang, bila rancangan abang nak menikah lagi?
Jangan lupa ingatkan Pah tarikhnya nanti!
Untuk pengetahuan abang sayang,
Sebelum abang berbini baru
Pah dah siapkan list untuk abg GO THROUGH
Ini bukannya apa, hanya persiapan kecil untuk Pah & anak-anak yang
mana perlu

Bang, jangan lupa nafkah anak-anak sorang seribu
Alah, untuk anak-anak kan abang mampu
Pastu kereta Pah, rasanya perlu di tukar baru
At least Merce 3 series, baru kelas gitu
Rumah juga Pah rasa perlu pindah
Pah nak tinggal di Rumah Banglo yang punya 8 bilik dan taman yang
indah
Dan abang sayang, Elaun untuk Pah juga perlu,
Pah rasa RM 5 ribu, lagipun abang mampu
Bukannya apa, duit tu perlu untuk set rambut, mandi lulur, facial dan
penjagaan BODY,
Nanti bolehlah Pah saing dengan bini muda abang sekali

Bang, oh abang sayang
kemana sudah fikiran abang melayang
Ini hanya sebahagian permintaan Pah
Abang pulak jangan cepat melatah
Lagipun abang juga nanti yang dapat nama
Orang kata, sayang bini juga rupanya dia
Lebih-lebih lagi si - bini TUA
Bak kata pepatah : SUSAH SENANG KITA BERSAMA

Bang, Pah lupa kat mana butang baju Melayu di simpan
Takpelah, nanti butang yang bertakhta intan Pah carikan
Barulah cantik dipakai berkilau-kilauan
Berlip-lap-lip-lap di hari pernikahan

Bang, Pah nak beritahu sesuatu
Supaya abang ingat pada Pah selalu
Pah cinta dan sayang abang sampai akhir hayat
Sumpah bang, Pah bukan nak ayat!
Percayalah pada Pah bang, cinta Pah cinta sejati
Abang pun pernah berjanji
Abang kata nak bahagiakan Pah sampai mati
Jadi Pah fikir lagi, sumer tuntutan Pah dari abang REASONABLE
Dan Pah meminta secara HUMBLE
So, bang.... jangan lupa yea
Tunaikan dulu segala-galanya
Sebelum hajat abang berbini baru terlaksana..."

I Luv U Abang,
Pah.